[VIDEO] Dr Mahathir tuntut Anwar tarik balik fitnah atau berdepan saman


Hasmizar Hassan

DR Mahathir Mohamad memberi masa tujuh hari kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya yang dibuat terhadapnya semasa Kongres PKR baru-baru ini, yang mendakwa antara lain beliau kononnya mencuri harta negara.

Bekas perdana menteri berkata beliau sudah menghantar surat tuntutan kepada Anwar semalam untuk menarik balik kenyataan itu.

“Walaupun Anwar tidak sebut nama saya tetapi orang ramai faham tuduhan ini dilemparkan kepada saya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. – 28 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen