[VIDEO] Kalau tak jujur, tender terbuka tetap boleh diseleweng, kata Tuan Ibrahim


Hasmizar Hassan

PENYELEWENGAN tetap akan berlaku dalam sistem tender terbuka sekiranya tidak dilaksana secara telus dan jujur, kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian bagi mempertahan projek tebatan banjir berjumlah RM15 bilion yang dianugerahkan secara rundingan terus sewaktu beliau menjadi menteri bertanggungjawab.

Beliau juga percaya isu itu sengaja dimainkan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan waktu ini bagi merosakkan integriti parti Islam itu. – 16 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen