[VIDEO] Muhyiddin nafi ditahan, dipanggil SPRM esok


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin nafi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti mana dilaporkan sebuah portal berita.

Bekas Perdana Menteri itu berkata berita berkenaan adalah palsu namun beliau sebaliknya dipanggil ke pejabat agen anti rasuah itu esok jam 11 pagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengatakan beliau akan hadir ke beberapa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

Hari ini kecoh dengan berita pemimpin tertinggi PN itu ditahan SPRM ketika berada di padang golf.

Beberapa portal juga melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Namun berita tersebut tidak dapat disahkan dan dianggap sebagai spekulasi.  – 8 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen