[VIDEO] Nak tarik keyakinan pelabur, lantik duta yang ada karisma bukan samseng


Hasmizar Hassan Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PELANTIKAN duta berkarisma menjadi penyumbang kepada pelabur luar negara membuat pelaburan di Malaysia, kata Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.

Katanya calon yang berintegriti sedikit sebanyak akan menambahkan keyakinan pelabur terhadap negara.


“Keyakinan pelabur banyak bergantung jika negara kita bersih dan tiada rasuah. Jadi kerajaan harus memastikan polisi apa kita buat.


“Lantikan yang kita (kerajaan) memberi keyakinan pelabur. Nak lanti duta hebat negara maju daripada Wisma Putra ada ramai yang lebih layak. Ambil yang macam samseng, apa mesej kita nak sampaikan kepada pelabur luar?,” Katanya kepada The Malaysian Insight.


Tidak menamakan sesiapa, Dr Khalid dipercayai merujuk kepada Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz.


Lantikan bekas Menteri Umno itu mendapat reaksi pelbagai pihak. – 28 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen