[VIDEO] Belanjawan 2023 mesti untungkan B40, bukan golongan kaya, kata pakar ekonomi


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

BELANJAWAN 2023 yang akan dibentang semula hari ini tidak harus mengulangi kesilapan belanjawan kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lepas yang hanya menguntungkan golongan kaya, kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.

Belanjawan dibentangkan bekas perdana menteri Ismai Sabri Yaakob itu dikatakan tidak bertanggungjawab kerana ia tidak mengutamakan golongan B40, tambahnya.

Muhammed menyenaraikan beberapa kelemahan belanjawan yang dibentang beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk subsisi minyak dan kenaikan had caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun. – 24 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen