[VIDEO] Dakwa Wan Saiful, dendam kesumat Anwar lagi teruk dari Mahathir


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Nabihah Hamid

DAKWAAN terpilih terhadap pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan dalam kes rasuah semalam menunjukkan dendam Anwar Ibrahim belum lagi berakhir, kata Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim.

Malah sifat dendam Anwar lebih teruk berbanding Dr Mahathir Mohamad yang dilabel diktator.

Ahli Parlimen PAS itu berkata ini adalah satu permulaan yang teruk dalam pentadbiran Anwar Ibrahim kerana tidak mengutamakan skandal yang lebih berat seperti Skandal LCS.

“Dr Mahathir yang dikatakan zalim pun tidak setahap ini. Sifat balas dendam sangat kuat dan pendendam.

“Bagi saya kalau ini permulaan pemimpin negara. Kalau betul-betul serius banyak tuduhan dibuat pada zaman Najib termasuk LCS yang dibentangkan dan dibangkitkan.

“Jangan diteruskan (dendam) biarlah pendakwaan ini serius dan tidak memilih. Yang terbaru buat LCS dahulu,”. – 22 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen