[VIDEO] Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria


Syazwana Amir Fikri Ghazali

SUSULAN tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin lalu, kerajaan membentuk satu pasukan petugas (task force) untuk menyelaras usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia kedua-dua negara itu.

Pasukan petugas itu diketuai bersama oleh Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk memastikan segala persiapan dan perancangan bagi saluran bantuan kemanusiaan ke negara-negara terkesan akibat bencana gempa bumi ini berjalan lancar, teratur serta memenuhi garis panduan oleh kerajaan-kerajaan berkenaan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan akhbar pagi ini memaklumkan satu mesyuarat koordinasi antara pasukan petugas ini dengan NGO-NGO Malaysia akan diadakan pagi ini. – 8 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen