[VIDEO] Agih dengan adil!


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

KERAJAAN perlu mengagihkan peruntukan kawasan kepada semua ahli Parlimen secara sama rata, kata Shahidan Kassim.

Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian selepas dimaklumkan ahli Parlimen PN di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak menerima sebarang peruntukan untuk kawasan mereka daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, wakil rakyat dipilih dalam PRU15, justeru kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak perlu menghukum dengan menyekat peruntukan.

PN adalah satu-satunya pakatan pembangkang di Parlimen selepas Pakatan Harapan menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan gabungan dan parti lain untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Shahidan juga mendakwa semasa pentadbiran PN di bawah Muhyiddin Yassin, peruntukan diagihkan kepada semua ahli Parlimen termasuk mereka pembangkang. – 3 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen