[VIDEO] Gangguan LRT laluan Kelana Jaya dijangka pulih September 2023


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

GANGGUAN perkhidmatan LRT Kelana Jaya akan berterusan sehingga suku ketiga tahun depan kerana kerja-kerja baik pulihnya hanya dijangka siap sebelum tempoh itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau membayangkan pengguna perkhidmatan laluan rel itu di Lembah Klang boleh menjangkakan gangguan tidak berjadual untuk beberapa bulan lagi sehingga hujung September 2023.

“Disebabkan itu, saya ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, kerana gangguan ini dijangka berterusan sehingga suku ketiga 2023.

“Kami melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan gangguan ini tidak berlaku dengan kerap tetapi setakat ini, perkhidmatan kami tidak stabil sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur. –  8 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen