[VIDEO] 'No Anwar, No DAP' hanya untuk hadapi PRU15, kata Zahid


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

PENDIRIAN Umno enggan bekerjasama dengan PKR dan DAP, serta Bersatu, hanyalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dan bukannya selepas pilihan raya.

Presidennya Zahid Hamidi berkata kerjasama ini juga berlandaskan titah Yang Di Pertuan Agong yang mahukan Kerajaan Perpaduan terbentuk.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun turut menegaskan meskipun bergabung dengan musuh seteru, Umno tidak akan mengabaikan prinsip parti sebagai wadah perjuangan Melayu dan Islam.

Lebih setahun sebelum PRU15, Umno membuat ketetapan di perhimpunan agung tahunannya pada Mac 2021 menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu.

Keputusan itu lebih popular disebut sebagai “No Anwar, No DAP, No Bersatu”, yang terus diulang-ulang sebelum PRU15.

Selepas PRU15, selepas tiada mana-mana gabungan menang cukup kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri, BN memutuskan untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. – 29 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen