[VIDEO] Anwar dilantik PM, angkat sumpah 5 petang ini


Syazwana Amir Jeremy Seng Hasmizar Hassan

TEKA-teki siapakah Perdana Menteri ke-10 selesai, selepas Istana Negara mengumumkan Anwar Ibrahim dijadualkan mengangkat sumpah pukul 5 petang ini.

Dalam satu kenyataan Istana Negara Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk mengetuai kerajaan.

Pada hematnya, Anwar mendapat majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai PM selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdullah Billal Shah turut mengingatkan semua parti politik yang menang dan kalah untuk merapatkan saf dan bersatu demi masa depan negara. – 24 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen