[VIDEO] Agong titah 30 ahli parlimen BN mengadap esok


Hasmizar Hassan Syazwana Amir

SELEPAS tidak mempunyai kata putus mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mengadap di Istana Negara esok.

Ia bagi membolehkan baginda memutuskan pelantikan seorang perdana menteri selepas pilihan raya umum Sabtu lalu.

Majlis mengadap itu akan berlangsung 10.30 pagi esok, dan dibuat secara individu, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataa.

Sultan Abdullah Billah Shah hari ini menerima mengadap pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dan pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim pada 4.30 petang tadi.

Beliau mencadangkan kerajaan perpaduan iaitu PH bergabung dengan PN. Namun cadangan tersebut tidak diterima PN.

BN yang kalah teruk pada PRU15 mengambil pendekatan berkecuali kerana tidak mahu memberi sokongan pada mana-mana gabungan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mencadangkan PN dan PH membentuk kerajaan baharu kerana mereka gabungan yang mendapat banyak kerusi.

Katanya, BN menerima hakikat ditolak rakyat dan bersedia jadi pembangkang.– 22 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen