[VIDEO] 187 calon wanita bertanding PRU15
SERAMAI 187 calon wanita diangkat menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) pada 19 November ini.
Daripada jumlah itu, 127 wanita merupakan calon kerusi Parlimen manakala 60 lagi bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.
Pakatan Harapan menampilkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya Muda, di Parlimen Tanjong Karang.
Manakala seorang lagi ccalon menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak.
Dalam pada itu, parti lawan Barisan Nasional mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon. – 7 November, 2022.
Komen