[VIDEO] Saya telah ditelanjangkan, tapi keadilan telah ditegakkan, kata Zahid


Jeremy Seng Sumardi Susilo Syazwana Amir Hasmizar Hassan

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kerana keadilan dapat ditegakkan meskipun diaibkan dan ditelanjangkan selepas berdepan tuduhan rasuah.

“Saya telah diaibkan, dimalukan malah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan dan saya telah dihukum terlebih dahulu oleh the court of public opinion,” katanya pada sidang media selepas menerima keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Bekas timbalan Perdana Menteri itu dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Kes berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN). – 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen