[VIDEO] Kenaikan OPR bebankan peminjam PKS, kata kumpulan perniagaan


Fikri Ghazali

KEPUTUSAN Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) membebankan peminjam termasuk perusahaan kecil sederhana (PKS), kata persatuan perniagaan dan pengguna.

Kenaikan buat tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan hanya akan memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi.

Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia Chin Chee Seong berkata peningkatan OPR akan menyebabkan perniagaan berdepan masalah kewangan kerana kebanyakan mereka sedang membayar pinjaman. – 13 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen