[VIDEO] Elok bubarkan saja pasukan jihad tangani inflasi, kata Guan Eng


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

PASUKAN Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan Annuar Musa wajar dibubarkan kerana tidak berkesan dalam usaha membendung kenaikan harga barang, kata Lim Guan Eng.

Gesaan tersebut dilontarkan pengerusi DAP itu susulan Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50% bagi mengurangkan tekanan inflasi.

Bekas menteri kewangan itu berkata tindakan BNM menaikkan OPR untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini secara tidak langsung menolak dakwaan Annuar selaku pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bahawa inflasi dan kenaikan harga makanan adalah terkawal. – 9 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen