[VIDEO] Guan Eng gesa BNM berhenti naikkan kadar faedah


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

BANK Negara Malaysia (BNM) digesa tidak menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) kerana ia hanya memberi sedikit kesan dalam meredakan tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata kenaikan OPR sebaliknya akan menjejaskan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat, iklim pelaburan domestik dan pertumbuhan ekonomi negara selepas pandemik yang menghadapi tekanan daripada kenaikan harga.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata peningkatan kadar faedah akan menambah kos pinjaman yang tidak diperlukan kepada individu ke atas rumah dan kenderaan, kos perniagaan, aliran tunai peniaga dan kos dana pelabur. – 6 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen