[VIDEO] Mahkamah Rayuan kekal sembilan pertuduhan ke atas Abdul Azeez


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

MAHKAMAH Rayuan hari ini mengekalkan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah terhadap Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ahli Parlimen Baling itu didakwa atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta dan 10 kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta.

Pertuduhan rasuah adalah berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah manakala pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yang didakwa diterimanya daripada sebuah syarikat bernama Menuju Asas Sdn Bhd. – 5 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen