[VIDEO] Najib di mahkamah untuk perbicaraan 1MDB


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

MESKIPUN dilaporkan media dimasukkan ke hospital semalam, bekas Perdana Menteri Najib Razak hadir di mahkamah hari ini untuk perbicaraan 1MDB.

Semalam beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur berikutan masalah kesihatan yang tidak diketahui.

Bekas perdana menteri tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diapit oleh pengawal penjara.

Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos lalu apabila gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung kes SRC International.

Perbicaraan diteruskan dengan keterangan daripada bekas timbalan setiausaha kementerian kewangan Siti Zauyah Mohd Desa.

Najib berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB. – 5 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen