[VIDEO] PAS yakin dapat jawatan PM tahun 2050


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

PAS mensasarkan hampir 30 tahun lagi untuk memegang jawatan PM, kata pengarah pilihan rayanya, kata Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri besar Kedah percaya jika PAS berjaya menang minimum 40 kerusi maka ia merupakan petunjuk parti Islam itu lebih kuat untuk membentuk kerajaan.

“40 kerusi ini milestone (batu loncatan) diletakkan dalam perjalanan PAS yang panjang dan sasaran bermula 2020 sehingga 2050. Tahun 2050 siapa dapat hidup waktu itu akan dapat saksikan perdana menteri malaysia dari PAS,” katanya semasa menggulung ucapan dasar presiden dalam persidangan Muktamar Tahunan ke 68, di Alor Setar, Kedah.

Semalam naib presiden, Nik Mohd Amar Nik Abdullah juga menekankan PAS perlu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen untuk mengukuhkan kedudukannya di Putrajaya. – 4 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen