[VIDEO] Pemain industri merungut lama tunggu pekerja warga asing


Sumardi Susilo

MAJIKAN menggesa Putrajaya mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing memandangkan mereka kurang tenaga kerja.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia Ding Hong Sing berkata secara purata tempoh 60 hingga 75 hari diperlukan untuk mendapat pekerja.

Lebih teruk lagi, jumlah pekerja yang diperoleh tidak sama dengan bilangan yang dipohon majikan.

Walaupun majikan dalam sektor pembuatan boleh menarik nafas lega dengan kehadiran kira-kira 47,000 pekerja warga asing, tetapi mereka yang masih dalam senarai menunggu berkata terpaksa menolak tempahan luar negara kerana bimbang tidak dapat memenuhi kontrak. – 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen