[VIDEO] Rosmah menangis, minta simpati mahkamah


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Sumardi Susilo

TIDAK dapat menahan sebak, Rosmah Mansor menangis ketika berucap di mahkamah selepas disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkait projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Beliau berkata sedih dengan apa yang berlaku kerana beliau tidak pernah mengambil wang dan menjadi mangsa keadaan.

Katanya, perkara yang telah berlaku ini membuatkan dirinya dan suami sekeluarga menderita.

Ia berikutan isteri bekas perdana menteri itu berkata beliau hanyalah seorang wanita yang mengambil alih peranan ketua keluarga.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, malah Najib perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal akan dikenakan tambahan lima tahun penjara.

Rosmah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang diterima atau diminta mengikut Seksyen 24(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 18 Februari tahun lepas, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau. – 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen