[VIDEO] Muktamadkan agihan kerusi PRU15, tolak kerjasama dengan PH - gesa Pemuda PAS


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

MUKTAMADKAN segera pembahagian kerusi dan senarai calon PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gesa sayap pemuda.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya mahu panduan yang jelas supaya dapat menghebahkannya kepada jentera petugas pilihan raya umum.

Dalam ucapannya juga, Fadhli menegaskan Pemuda PAS menolak sama sekali kerjasama dengan Pakatan Harapan pada PRU15, sejajar dengan keputusan parti.

Awal minggu ini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan parti Islam itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan PH atau mana-mana parti komponennya dalam PRU15. – 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen