[VIDEO] Skandal LCS, bekas panglima TLDM didakwa pecah amanah RM21 juta


Jeremy Seng

BEKAS panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM21 juta, berkaitan skandal kapal tempur pesisir (LCS) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Suzana Hussin. – 16 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen