[VIDEO] Parti Melayu banyak pecah undi? Ini jawapan Mujahid


Nabihah Hamid Fikri Ghazali Hasmizar Hassan

LEBIH banyak parti berasaskan Melayu ditubuhkan akan memberi kelebihan kepada pengundi kerana mereka mempunyai lebih banyak pilihan, kata Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jelasnya, ia juga merupakan persaingan sihat antara parti berikutan masing-masing akan cuba memberikan khidmat dan membuat dasar yang lebih baik.

Beliau ditanya The Malaysian Insight mengenai pandangan Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA) yang mensasarkan pengundi Melayu sewaktu PRU15 kelak. – 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen