[VIDEO] Zaid Ibrahim nafi firma guaman tarik diri wakili Najib


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PELIK dan hairan dengan berita penarikan diri, peguam Zaid Ibrahim menafikan firma guamannya akan menarik diri daripada mewakili Najib Razak dalam rayuan bekas perdana menteri dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Zaid berkata firmanya Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners tidak akan mengabaikan anak guam mereka dalam rayuan itu, tidak seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Beliau terkejut bagaimana satu kenyataan yang dibuat dalam kamar kepada penolong pendaftar.

Beliau juga tidak pasti siapa sumber laporan media tersebut. – 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen