[VIDEO] Hikmah 'langkah Sheraton', rakyat tahu Pakatan lebih baik


Nabihah Hamid Sumardi Susilo Hasmizar Hassan

HILANG Putrajaya akibat beberapa siri pengkhianatan yang dimulakan oleh Langkah Sheraton, bekas menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa berkata orang Melayu kini akhirnya menyedari Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang lebih baik.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Mujahid berkata isu Islam dan Melayu diancam semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad ketika memimpin PH, hanyalah tuduhan tidak berasas dan digunakan tanpa fakta.

Bekas ahli PAS itu menegaskan sehingga hari ini, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob kini masih belum menyelesaikan pelbagai perkara membabitkan masyarakat Islam.

“Umno dan PAS ketika menjadi pembangkang mengelirukan rakyat apabila mereka menuduh PH menjual Islam dan Melayu. Terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap kami tetapi tidak ada yang disokong dengan fakta.

“Kami berada dalam kerajaan selama 22 bulan, dan jika kami dibenarkan untuk menyelesaikan mandat kami, saya fikir hari ini, Umno dan PAS tidak akan mempunyai sebarang isu lain untuk digunakan terhadap kami kerana mereka menyebarkan pembohongan.

“Apa yang mereka katakan tentang isu sensitif dan menaikkan kebencian. Dia (Umno) pun tak dapat selesai isu kes Adib, isu pemandu mabuk, LGBT lagi teruk. Zaman saya, nak panggil Sajat nak tegur, ini sekarang dia lari terus ke Australia.

“Di mana Islam terancam semasa PH? Islam tidak pernah terancam,” kata ahli Parlimen Parit Buntar itu. – 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen