[VIDEO] Ratusan penghantar makanan berhimpun tak puas hati kadar upah dikurangkan


Seth Akmal

EKORAN tidak puas hati dengan kadar upah, ratusan penghantar makanan berhimpun di pejabat pengurusan Grab hari ini.

Mogok 24 jam yang dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ telah bermula sejak malam tadi.

Ia berpunca daripada ketidakpuasan hati penghantar makanan dengan kadar pembayaran yang tidak adil digunakan oleh syarikat tersebut.

Mereka turut menyerahkan memorandum dengan lima tuntutan kepada syarikat itu. – 5 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen