[VIDEO] Umno akan putar belit salahkan DAP untuk menang PRU15, kata Guna Eng


UMNO akan terus menyalahkan DAP atas semua perkara semata-mata untuk menang pilihan raya akan datang, kata pengerusinya Lim Guan Eng.

Katanya, Umno akan memutar belit fakta dan angka, termasuk mengulang-ulang dakwaan DAP menguasai kerajaan Pakatan Harapan.

Lim, yang juga bekas menteri kewangan dalam pentadbiran PH, merujuk kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Konvensyen Barisan Nasional Selangor hujung minggu lalu. – 3 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen