[VIDEO] Fadillah digesa jelaskan bagaimana PJD Link boleh lulus
MENTERI Kerja Raya Fadillah Yusof digesa menjelaskan bagaimana projek Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) boleh diluluskan sedangkan sebelum ini satu projek kontroversi yang serupa telah dibatalkan.
Gabungan Membantah PJD Link dalam kenyataan hari ini berkata PJD Link adalah penjenamaan semula Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang dibatalkan pada 2015 dan dikeluarkan daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 oleh kerajaan negeri. – 3 Ogos, 2022.
Komen