[VIDEO] Saya tidak pernah jadi 'katak', kata Dr Mahathir


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

DR Mahathir Mohamad berkata adalah salah untuk melabelkan beliau sebagai katak politik kerana lompat parti, dan berkata beliau sentiasa berpegang pada prinsipnya.

“Saya keluar Umno hanya kerana banyak perkara tidak beretika berlaku di sana, justeru saya menubuhkan Bersatu untuk menerangkan kepada umum apa yang Umno lakukan,” katanya semasa pertemuan dengan penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata bahawa adalah malang bahawa Bersatu kemudiannya “dirampas” oleh orang lain, menyebabkan beliau mengasaskan Pejuang. – 1 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen