[VIDEO] PN kecewa terma perjanjian tidak dipenuhi perdana menteri


PERIKATAN Nasional (PN) menzahirkan kekecewaan terhadap perdana menteri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak penuhi terma perjanjian gabungan itu, kata Hamzah Zainuddin.

Setiausaha agung PN itu berkata gabungan itu akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan Ismail bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian kerjasama antara gabungan.

Tambahnya, ia berikutan perdana menteri dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting yang terkandung dalam perjanjian itu. – 28 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen