[VIDEO] Dihalang berarak ke Parlimen, Majlis Peguam saman polis


MAJLIS Peguam akan menyaman polis kerana menghalang peguam berarak dari Padang Merbok ke Parlimen bulan lalu.

Presidennya Karen Cheah berkata pihaknya kini sedang mempersiapkan dokumen untuk memfailkan tindakan undang-undang pada Ogos dan akan diwakili peguam Gurdial Singh.

“Kami tidak akan berundur, kami pasti akan saman polis atas pelanggaran yang berlaku pada hari kejadian,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 24 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen