[VIDEO] Pemilik Crackhouse didakwa buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum di media sosial
SEORANG pemilik kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.
Bagaimanapun, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, yang memakai kemeja berwarna putih dan berseluar biru muda, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil “Rizal van Geyzel”, Instagram “rizalvangeyzel” dan TikTok “rizalvangeyzel”, antara 4 hingga 6 Julai 2022. – 22 Julai, 2022.
Komen