[VIDEO] Tiada bukti pelabur jauhi Malaysia kerana indeks persepsi rasuah, kata ketua SPRM


Hasmizar Hassan

PELABUR asing tidak akan menjauhi Malaysia kerana kedudukannya dalam indeks persepsi rasuah (CPI) yang diberikan oleh badan pemantau antirasuah global Transparency International (TI), kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki hari ini.

Beliau berkata tiada data membuktikan pelabur menolak Malaysia berdasarkan laporan CPI, yang didakwanya hanya “persepsi”.

“Saya tidak mempunyai data (belum diperoleh) tetapi berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia, tiada sebab pelabur asing menjauhi berdasarkan persepsi.

“Jika ada pelabur yang tidak mahu melabur di sini berdasarkan persepsi, maka saya tidak tahu kenapa (jadi begitu),” kata ketua SPRM itu pada acara media di Putrajaya hari ini. – 21 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen