[VIDEO] Waris kesultanan Sulu tak buat salah, Najib yang mungkir janji, kata Dr Mahathir


NAJIB Razak yang mungkir janji membayar wang serahan kepada waris kesultanan Sulu punca ancaman kedaulatan negara yang sedang Malaysia hadapi di mahkamah dan tribunal antarabangsa, kata Dr Mahathir Mohamad.

Selepas menghentikan pembayaran itu pada 2013, ekoran pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, pentadbiran Najib bagaimanapun tidak dapat membuktikan waris kesultanan Sulu dalang insiden berdarah itu.

“Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji. – 21 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen