[VIDEO] Rafizi ibarat 'panadol', hilangkan sakit kepala, kata Anwar


PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menganggap kehadiran Rafizi Ramli dalam barisan pemimpin sebagai timbalannya kali ini sebagai penawar kepada masalah dihadapinya kini dalam parti.

Beliau mengakui Rafizi memang sinonim dengan kenyataan kontroversi yang memberi masalah kepadanya, namun menurutnya bekas ahli Parlimen Pandan itu bekerja keras demi PKR.

“Memang kontroversi, kadang-kadang pening saya. Rupa-rupanya dia datang bagi ucapan bagi Panadol hilang pening saya.

“Kemahiran kepintaran kerja memang luar biasa. Sebab itu ada singgungan sikit-sikit saya kata sabar sajalah. Orang kuat kerja bagi pandangan dan singgungan memang memeningkan sikit,” katanya. – 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen