VIDEO] Buat laporan polis terhadap penipuan Najib mulai Selasa, seru Rafizi


TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli meminta pimpinan parti untuk membuat laporan polis terhadap Najib Razak, mulai minggu ini kerana terus-terusan “berbohong” dan mengelirukan rakyat.

Beliau mahu laporan polis itu mula dibuat Selasa ini oleh pimpinan PKR di semua peringkat di seluruh Malaysia.

“Setiap kali Najib berbohong selepas ini, saudara-saudari, jangan duduk diam. Kita akan buat laporan polis demi laporan polis demi laporan polis… sebab saya tahu, Najib seorang yang penakut.

“Dia sembang kencang sebab orang tak lawan dia. Bila kita mula pastikan setiap pembohongan dan propaganda dia kita akan lawan, Najib selepas ini akan jawab sama macam dia jawab di mahkamah – semua dia tak tahu,” katanya, dalam ucapan penggulungan di hujung Kongres Nasional PKR 2022 di Shah Alam. – 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen