[VIDEO] Saya mungkin lantang tapi saya bukan Azmin Ali, kata Rafizi


TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli memberi jaminan beliau tidak akan mengkhianati parti sepertimana dilakukan bekas penyandang jawatan itu Mohamed Azmin Ali.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata, kelantangannya kata-katanya hanyalah untuk memberi ingatan kepada semua pihak tentang perjuangan dan tanggungjawab mereka.

“Saya mungkin lantang tapi saya bukan Azmin Ali. Saya telah buktikan saya tak berminat dengan jawatan menteri atau awam.

“Saya bukan jenis manis di bibir tapi tikam di belakang,” kata Rafizi dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional PKR ke-16 di Shah Alam, Selangor. – 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen