[VIDEO] Perlu lebih banyak kereta api atasi kelewatan, kata kesatuan sekerja KTMB


BILANGAN kereta api tidak mencukupi adalah sebab utama penumpang berdepan kelewatan kerana jadual perjalanan yang tidak tersusun, kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Razak Md Hassan.

Beliau berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hanya mempunyai 25 buah kereta api yang beroperasi pada masa sekarang, bilangan yang terlalu kecil dalam memberi perkhidmatan cekap kepada jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Tambahnya, bagi mengatasi isu kelewatan dan gangguan perkhidmatan, Putrajaya perlu menambah lebih banyak kereta api. – 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen