[VIDEO] PKR perlu bersatu hadapi PRU15, kata Wan Azizah


Fikri Ghazali

DR Wan Azizah Wan Ismail menyeru semua ahli PKR bersatu dan mengamalkan disiplin diri sebagai persediaan menjelang PRU15.

Katanya ahli parti Reformasi itu mest berhenti bertelagah lebih-lebih lagi selepas selesai pemilihan.

Pengasas dan bekas presiden parti itu berkata demikian sewaktu merasmikan Kongres Wanita PKR di Shah Alam.

Bekas timbalan perdana menteri itu mempengerusikan jawatankuasa penasihat PKR, bercakap mengenai beberapa masalah yang berlarutan selepas pemilihan parti menyaksikan Rafizi Ramli mengalahkan setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan timbalan presiden.

Semasa pemilihan, Saifuddin, pembantu rapat presiden parti Anwar Ibrahim, memperjuangkan cadangan “khemah besar”.

Cadangan “khemah besar” itu dibuat selepas Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor tahun ini dan bertujuan untuk menyatukan semua parti pembangkang sekali lagi untuk bertanding menentang Barisan Nasional. – 15 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen