[VIDEO] Bicara kes audit Najib ditangguh kerana saksi pendakwaan sakit


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PERBICARAAN kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib Razak terpaksa ditangguhkan ekoran saksi pendakwaan terakhir dilaporkan sakit.

Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang pegawai penyiasat Haniff Lami, saksi ke-16 dan terakhir perbicaraan, tidak dapat memberi keterangan di mahkamah kerana didiagnosis mengalami pendarahan usus.

Justeru tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 12 Ogos.

Menurut pendakwa raya, saksi diberi cuti selama dua hari kerana keadaannya agak teruk akibat pendarahan usus.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata Haniff dijangka hadir untuk memberi keterangan pada tarikh perbicaraan yang dijadualkan 12 Ogos depan. – 14 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen