[VIDEO Tanggal baju kurung ketika persembahan komediri, Siti Nuramira mengaku tak bersalah
SITI Nuramira Abdullah, wanita yang mengaku hafal Al-Quran sebelum membuka tudung semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Siti Nuramira, 26, yang dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. – 13 Julai, 2022.
Komen