[VIDEO] Terus sokong Ismail Sabri sebagai PM, kata Tajuddin
ISMAIL Sabri Yaakob mesti terus disokong sebagai perdana menteri kerana tidak membuat sebarang salah sepanjang hampir setahun memegang jawatan itu, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan jawatan parti baru-baru ini.
MKT Umno sebelum ini menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang perlu diadakan dalam masa setahun dari sekarang.
“Dalam masa setahun ini apa ada kesalahan perdana menteri? Apa ada kesilapan? Tidak ada.
“Kenapa macam-macam tuduhan dibuat seolah-olah dia tak layak jadi perdana menteri. Kita nak perdana menteri terus jadi perdana menteri terus sampai lepas pilihan raya,” kata Tajuddin berucap pada majlis kenduri rakyat di Pasir Salak, hari ini. – 3 Julai, 2022.
Komen