[VIDEO] Kes rasuah Syed Saddiq tak jejas reputasi parti, kata pemimpin Muda


Sumardi Susilo Jeremy Seng

KES perbicaraan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan menjejaskan reputasi parti Muda kerana ia adalah kes pendakwaan politik, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda Beatrice Chin.

Tambahnya, melihat kepada reputasi ketelusan Syed Saddiq selain khidmat yang bagus di kawasannya, mereka percaya orang awam tidak akan terpengaruh dengan kempen memburukkan reputasi ahli Parlimen Muar itu.

Dalam pada itu, Naib Presiden Muda Teo Lee Ken berkata rakyat Malaysia akan menyokong parti dan pemimpin yang komited dengan kepentingan rakyat.

Ia terutama bagi yang memperjuangkan nilai dan dasar untuk mewujudkan negara adil dan progresif.

Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan pecah amanah, penyelewengan wang dan penggubahan wang haram.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. – 1 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen