[VIDEO] Pelajar ugut protes jika kerajaan berkeras mansuh subsidi


BEBERAPA pertubuhan pelajar beri amaran kepada kerajaan mahu turun ke jalan jika Putrajaya tidak mengendahkan tuntutan menurunkan harga barangan atau mengekalkan subsidi.

Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif berkata mereka menyenaraikan lima tuntutan kepada kerajaan, yang mahukan jawapan segera.

Antara lima tuntutan yang disenaraikan oleh mereka termasuk pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri.

Tuntutan lain antaranya menyediakan bantuan mencukupi kepada semua lapisan rakyat, mengekalkan subsidi semasa dan tidak mengurangkan sebarang subsidi lain. 29 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen