[VIDEO] Ratusan banjiri WTC cari peluang kerjaya selepas pandemik


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Sumardi Susilo

COVID-19 yang melanda negara selama dua tahun bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada orang ramai.

Rakyat terpaksa berdepan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, malahan ada masih menganggur kerana banyak perniagaan yang bungkus akibat PKP yang lama.

Menurut laporan berita, statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan jumlah kehilangan pekerjaan bagi 2020 meningkat 167 peratus, iaitu daripada 40,084 pada 2019 kepada 107,024 (2020).

Bagaimanapun, ketika negara berganjak ke fasa endemik, 20,000 peluang pekerjaan dibuka sempena Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN). – 29 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen