[VIDEO] Zahid perlu lepas jawatan presiden Umno, kata Tajuddin


Syazwana Amir Jeremy Seng Fikri Ghazali

AHMAD Zahid Hamidi perlu melepaskan jawatan presiden Umno kerana beliau beban kepada parti, kata bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin, yang baru digugurkan jawatan dari menganggotai MKT berkata, Umno akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Zahid kekal mengepalai parti Melayu itu.

“Zahid dah jadi liabiliti kepada Umno. Dia tak boleh jadi presiden (dan) mengepalai Umno dalam pilihan raya umum nanti kita akan kalah,” katanya dalam sidang media hari ini. – 27 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen