[VIDEO] Tajuddin dedah ada pertemuan mahu Zahid undur secara terhormat
BEBERAPA pemimpin Umno pernah berjumpa dan berbincang untuk meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri secara baik, dedah Tajuddin Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata pertemuan tersebut dibuat di rumahnya pada Mei 2020 turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan bekas perdana menteri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun, katanya usaha tersebut tidak membuahkan hasil kerana Mohamad dan Najib belot daripada rancangan tersebut. – 27 Jun, 2022.
Komen