[VIDEO] Wajar segerakan PRU15, kata Hadi


Fikri Ghazali

WAJAR segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mendapatkan kerajaan yang stabil, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia perlu disegerakan walau PAS pada dasarnya mahu kerajaan persekutuan yang disertai parti itu waktu ini kekal sehingga akhir penggal.

Ahli Parlimen Marang itu mengulas kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyarankan PRU15 diadakan selepas Julai tahun depan.

Hadi sebelum ini membantah PRU15 diadakan dengan segera dan mahu kerajaan yang ada sekarang diberi peluang memerintah sehingga habis tempoh. – 24 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen